SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday 8 December 2011

http://classroom.jc-schools.net/sci-units/living-things.htm


Ciri-ciri am benda hidup
1. memakan:
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Manusia dan haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
2. bernafas:
  • Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
  • Benda hidup bernafas untuk mendapatkan oksigen.
3. membiak:
   - Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya    
     bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
4. bergerak:
  • Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh.
  • pergerakan pertumbuhan adalah perlahan dan terhad kepada bahagian tertentu sahaja.
5. berkumuh:
   - Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan dari badan.
6. mengalami pertumbuhan:
   - Pertumbuhan ialah proses PERTAMBAHAN BILANGAN SEL-SEL BADAN yang menyebabkan SAIZ DAN BERAT BADAN bertambah secara tidak terbalik.
7. bergerak balas terhadap rangsangan:
  • Gerak balas ialah REAKSI BENDA HIDUP terhadap rangsangan atau perubahan dalam alam sekitarnya.